.Pengenalan
Asal usul perkataan "merotai"bermulah dari istilah yang dikeluarkan dari kaum tidung yang pergi mencari rotan dalam hutan.pencarian berakhir dengan terjumpahnya mayat seorang lelaki dari suku kaum murut di pertembungan sungai .pencari rotan mengeluarkan "murut Matoi De Hutan dalam erti kata "murut mati di hutan".Perkataan ini telah diubah suai mengikut zaman dalam bahasa melayu iaitu "merotai" .Maka terhasillah merotai .merotai besar pula terhasil daripada pertembungan sungai besar dan sungai kecil yang mengalir kearah merotai kecil.kejadian ini dikatakan berlaku sekitar tahun 1930an
Menujuh kearah pentadbiran yang lebih sistematik dan teratur kapada kampung -kampung kecil yang pernah wujud suatu masa dahulu , di dalam kampung merotai besar sendiri dibahagikan kepada kumpulan iaitu:
1. kg.jalan tanah merah
2. pekan merotai besar
3. kg.kijang
4. kg.pangkalan asli
5. kg.jagung
6. kg.simpang tiga
7. kg.kuala merotai
8. .kg.iban
kini Merotai Besar juga terkenal dengan suku kaum iaitu
1. tidung
2. bugis
3. iban
4. jawa
selain itu ,merotai juga terdapat pakaian tradisional yang dipakai oleh kaum-kauam yang tertentu seperti kaum tidung,bugis
iban dan jawa yang terdapat dikawasan ini 1.Kaum tidung
-Kaum tidung memakai pakaian tradisi mereka terutamanya
untuk majlis tertentu misalnya,banyak dipengaruhi unsur kemewahan sama ada di segi reka bentuk ,hiasan dan eksesori.untuk kaum lelaki tidung ,mereka memakai baju teluk belanga iaitu sejenis baju yang sama potongan dengan baju melayu
bagi kaum wanita pula ,mereka memakai sejenis baju yang dipanggil entor kesuma.baju ini diperbuat daripada kain sutera yang dipanggil ambun,
2.Kaum Bugis
-Pakaian tradisional suku kaum bugis yan paling tua pula
adalah baju bodo,yang dipakaikan kepada bagi kaum wanita bila pertama kali duduk bersanding diatas pelamin pula ialah baju bodo
juga akan dikenakan oleh golongan dayang-dayang yang bersama pengantin dahulu baju bodo akan di kenakan bersama lipa sabble adalah sarung sutera yang bercorak sarung.
3.Kaum Iban

-Pakaian tradisi kaum iban terbahagi kepada dua iaitu pakaian tradisi lelaki iban dan pakaian tradisi wanita iban. Bagi pakaian lelaki iban terbagi kepada dua iaitu kain sirat dan dandong. Kaian sirat dikenali juga sebagai kain cawat merupakan pakaian asas kaum iban.Dandong pula merupakan kaian selendang yang dipakai oleh lelaki iban.Pakaian bagi kaum wanita pula terbahagi kepada tiga jenis iaitu Bidang,kalambi dan bedong.Bidang merupakan sejenis kain sarung yang sempit dan panjangnya cuma separas lutut.Baju kaum iban yang dipanggil kalambi pula ada dua sejenis iaitu kalambi berlengan dan kalambi tanpa lengan .Wanita iban juga memakai kain selendang yang panjang dan sempit.Kain selempang ini dikenali sebagai bedong,iaitu ia dihiasi olehreka bentuk tenunan yang sangat halus.
4.Kaum Jawa
Pakaian kaum jawa memiliki pakaian adat yang berbeda untuk lelaki dan perempuan.Kain kebaya pada dasarnya digunakan perempuan di semua lapisan,baik rakyat biasan mahupun bansawan.Perbedanya mungkin hanya pada bahan kebaya yang digunakan serta corak hiasan
Pakaian untuk lelaki pada umumnya adalah baju takwa dan celana warna hitam ,dilengkapi dengan kain dodot. Bagi kaum perempuan juga diperhatikan .Mereka pasda umumnya memakai perhiasan gelang emas atau perak,gelang bahar,suweng pelenis baik yang diperbuat dari emas atau perak,dan ali neneng.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan